!✿ иʋя αмιɛяα ✿!




Y
Assalamualaikum and annyeonghaseyo. Thanks sudi singgah blog nie. Nantikan entry-entry yang terbaru k. :)


Hati Yang Baik
Written by me | 0 Lovely Note [s]




Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful






Hati itu seperti bekas, dan cinta pula seperti air.

Jika kita hendak menadah air, mestilah kita mencari bekas yang baik. Jika bekas itu bocor, maka menitik keluarlah air. Jika bekas itu sumbing, maka melelehlah air. Jika bekas itu senget, kemungkinan air akan tumpah. Jika bekas itu retak, terlebih air akan menambah pecah.
Hati dan cinta juga begitu.
Hati yang baik, akan menampung cinta dengan baik. Hati yang baik akan dapat menerima dan menjaga cinta sebaik mungkin. Dan yang pentingnya hati yang beriman, pasti cinta yang diisi kepadanya tidak semata-mata berpaksi kepada nafsu. Juga hati yang beriman pasti akan membimbing cintanya hingga ke syurga kekal abadi.
Dan mencari bekas serta menuangkan air kedalamnya adalah pilihan kita sendiri. Begitu juga dengan cinta. Mencari hati yang baik untuk menampung cinta adalah tanggungjawab kita sendiri.
Benar cinta sering datang tanpa diundang. Malah tanpa dijemput. Benar cinta itu hadir pada ketika yang tidak kita sangka. Benar cinta itu muncul dalam keadaan yang tak terduga. Benar cinta itu terbit tanpa kita sedari.
Tapi kita mesti ingat. Sebagai seorang manusia, kita sentiasa ada pilihan. Dan pilihan itulah yang menentukan ke mana arah tuju cinta. Pilihan yang dibuat untuk kebaikan itulah yang dinamakan ikhtiar. Ikhtiar itu sendiri kata akarnya diambil dari bahasa arab ; ‘khair’ yang bermakna baik. Maka sebab itulah kita harus bijak membuat pilihan. Pilihlah yang baik jika membuat pilihan. Jadilah yang baik jika dipilih.



Memang membuat pilihan itu sukar. Tapi yang lebih sukar adalah memahami pilihan yang dibuat.
Pilihlah yang baik-baik untuk diri sendiri. Jika merasa cinta itu baik, maka BERIKHTIAR lah untuk terus menjaganya ke arah kebaikan. Jika rasa ada sesuatu yang tidak kena, maka BERIKHTIAR lah untuk menjauhi perkara yang tidak baik dan berusaha untuk kembali ke jalan yang benar.
Kita tak boleh salahkan orang ;
“ Lelaki tu la pikat saya. Tengok, saya dah jatuh cinta. Habis saya leka dengan pelajaran. Hati saya penuh dengan maksiat. Semuanya salah lelaki tu ! ”
“ Perempuan tu memang pandai goda saya. Mula-mula baik. Lepas tu ada je yang tak kena. Semua salah perempuan tu. Kalau dia tak goda saya, semua ni takkan jadi. ”
Cubalah kalau ketika cinta itu bermula, kita menjaga hati dan cinta itu dengan baik. Mungkin tidak akan jadi perkara yang diingini. Atau sebaiknya, boleh saja kita buat pilihan untuk mengelak. Tetapi kita tidak berbuat begitu kerana kita rasa kita boleh menangani pilihan kita. Akhirnya bila jadi sesuatu yang menyakitkan, mengecewakan, kita menyalahkan orang lain tetapi tidak diri sendiri. Seperti syaitan yang menyalahkan Tuhan, sedangkan tidak melihat kesombongan pada dirinya.
Kembali kepada tajuk asal. Cinta itu seperti air dan hati itu seperti bekas. Bekas yang baik akan dapat menampung air yang baik. Hati yang baik akan dapat menampung cinta yang baik.
Maka baikilah hati sendiri dan carilah hati yang baik. InshaAllah cinta itu akan menjadi baik.




(Lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat), mereka (yang baik) itu akan peroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan (syurga) yang mulia. [ Surah An Nur : 26 ]



Wanita Engkau Istimewa
Written by me | 0 Lovely Note [s]



Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya.
Mengapa ibu menangis?”
Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”


Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya.
Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih berasa hairan mengapa wanita menangis.



Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya.

Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tuhan berkata :

Aku menciptakan wanita istimewa.”

Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia, tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”
Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya.”
Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah mahupun sakit.”
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun meskipun mereka menyakitinya.”
Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya.”

“ Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”

Love yourself because you are beautiful.
Respect yourself because you are not like other women, if you are the women of faith


Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemadi..


Antara Cinta, Jodoh dan Memiliki.
Written by me | 2 Lovely Note [s]


Dalam hidup ini, setiap apa yang berlaku pada diri kita hanya kita yang mengetahuinya. Tawa tangis jatuh bangkit kita hanya kita saja yang mengerti. Mengadu pada insan lain belum tentu mereka akan faham. Malah mungkin mereka akan memperkecilkan kita. Mengadu pada Allah. Ya, hanya itu jalan yang terbaik. Kerna hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Hidup ini memerlukan cinta. Kerana cinta kita lahir dan kerana cinta kita mati. Cinta itu adalah cinta pada Allah. CINTA. Satu perasaan yang datangnya dari Allah. Allah lah yang mencampakkan perasaan ini dalam hati kita supaya kita diberi kesempatan untuk mencintai seseorang manusia.


Antara Cinta, Jodoh dan Memiliki.




Apa itu Cinta?

Cinta itu perasaan. Suatu perasaan ajaib yang hadir tanpa dipaksa atau meminta daripada sesiapa. Suatu perasaan yang membezakan antara minat, suka, kasih dan sayang kepada seseorang. Perasaan ini tidak dapat di simpulkan dalam erti bahasa mahupun dalam kehalusan seni lukisan mata. Bila ia hadir, tiada siapa yang mampu menolaknya. Ini lah yang di namakan nikmat cinta. Cuma berfikirlah dan muhasabah lah pada cinta. Adakah cinta ini membawa kebahagiaan atau sebaliknya. 





Apa itu jodoh?

Jodoh itu satu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sebagai peneman hidup. Setiap orang memiliki jodoh mereka masing-masing.


Betul ke jodoh tu rahsia Allah?

Betul. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Siapa dan di mana jodoh itu semuanya telah dirancang oleh Allah. Sampai masa dan ketika pasti kita akan bertemu dengannya. Cuma sentiasa lah perbaiki diri agar jodoh yang ditetapkan itu bisa membawa kebahagian hingga ke Firdausi.Berusaha dan berdoalah serta percaya akan hendaknya bermakna kita semestinya redha atas ketentuan-Nya. Tidak usah menangis, jangan pula berasa terkesima dengan kehadiran jodoh itu buat kita. Kerana kita akan berterima kasih jika di akhirnya kita mengetahui kenapa dan mengapa jodoh itu buat kita dan jangan terlalu takjub kerana jodoh kita itu tidak semestinya berpanjangan. Mungkin hadirnya jodoh itu buat penduga hidup kita atau bersifat sementara sahaja. Hargailah pemberian-Nya. Itu lebih menampakan lagi kezahiran rasa syukur kita kepada-Nya.




Tapi.. Cinta tak semestinya memiliki kan?

Yup. Kerna cinta itu cuma satu perasaan. Perasaan yang mungkin akan berubah. Perasaan yang mungkin tidak berkekalan yang telah menjadi laluan kehidupan kita. Bukan bermakna hadirnya cinta itu, bermakna turut sekali hadir jodoh menuruti dari belakang. Kerna hanya Allah yang mengetahui siapa jodoh kita. Walau beribu tahun kita bercinta dan andai tidak tertulis jodoh itu dengannya pasti tidak akan bersatu jua.Jangan disalah ertikan apa itu cinta kerana kadang kala kita alpa serta leka dengan perasaan kita untuk lebih mencintai Allah yang Maha Esa.


Sebelum mencintai orang lain, belajarlah mencintai diri sendiri dulu. Sebelum kenal erti cinta, belajar dan faham dulu apa itu erti cinta yang sebenar. Macamana nak kenal cinta ?


ISTIKHARAH lah.. Allah pasti akan menemukan kita dengan orang yang sebaik-sebaiknya.


Jika kita dipertemukan dengan orang yang salah. Itu tidak bermakna Allah tidak sayangkan kita. Tapi, itulah usaha. Untuk mencari cinta dan jodoh, kita mesti berusaha. Jodoh takkan datang bergolek tanpa usaha. Kita fikirkan di mana salah silap kita. Dan mula lah perbaiki diri. Perbaiki semua silap kita. Percayalah akan hadir 'hadiah' teragung dari Allah untuk mereka yang mencari cinta ..


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
 




Owner Old Post