!✿ иʋя αмιɛяα ✿!




Y
Assalamualaikum and annyeonghaseyo. Thanks sudi singgah blog nie. Nantikan entry-entry yang terbaru k. :)


Mencari Yang TERLALU Sempurna
Written by me | 1 Lovely Note [s]


Jika kamu memancing ikan ..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil ikan itu ..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja ..
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ..
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya ..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja ..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan
janganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu ..Apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula
Akhirnya ia dibuang ..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi ..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
 TERIMALAH dia seadanya ..Janganlah kamu terlalu mengaguminya
 dan
 janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa ..
Anggaplah dia manusia biasa
 Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
 bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya ..
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya ..
                                                      

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu ..
Mengenyangkan
 Berkhasiat
Mengapa kamu berlengah
 cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan ..
Kelak
 nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya ..
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU
 MENGASIHIMU
Mengapa kamu berlengah
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak
 kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL ..






|


Owner Old Post