Written by me |
4 Lovely Note [s]
Bismillahirrahmanirrahim.
In
the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful ..
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
Syukur ke hadrat ILLAHI kerana diberi kesempatan untuk merayakan AIDILADHA pada tahun ini.
ALHAMDULILLAH :)
ASAL-USUL AIDILADHA
Pada
suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh
Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari
mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang
bernama Siti Hajar.
Maka
berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar
berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau
mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar
kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya
ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku
untuk disembelih.”
Setelah
persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa
puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak
menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal
ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan,
“Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu
menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti
kitapun akan dibunuhnya.”
Walau
apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap
menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya.
Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang
dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik
untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan
menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah
tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian
Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan
dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu
memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah
darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa,
Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi
alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu
bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran
Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada
Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari
Allah S.W.T.
[Peristiwa
ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111]
"Tiada ada suatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wata’ala sebelum darah itu tumpah ke bumi, oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih."