!✿ иʋя αмιɛяα ✿!




Y
Assalamualaikum and annyeonghaseyo. Thanks sudi singgah blog nie. Nantikan entry-entry yang terbaru k. :)


Review : Naughty Kiss
Written by me | 0 Lovely Note [s]




Hari ini mari kita berperasaan dan berkhayal ke dunia KOREA.

Sekarang nie cerita KOREA memang sangat-sangat lah popular. Jalan cerita nya yang best bahkan pelakon-pelakon nya pun COMEL. Hihi. Jom kita terokai salah satu cerita Korea yg sangat menarik nie, tajuknya NAUGHTY KISS.




Tajuk : Naughty Kiss / Playful Kiss
Tahun Ditayangkan : 2010 (sekarang ada ditayangkan di 8TV)
Pelakon : Kim Hyun Joong, Jung So Min, Lee Tae Sung, Lee Si Young, Jung Hye Young, Oh Kyung So, Choi Won Hong, Kang Nam Gil, Hong Yoon Hwa, Yoon Seung Ah

Naughty Kiss ialah mengenai seorang pelajar lelaki yang popular dan genius, bernama Baek Seung Jo, yang mempunyai personaliti cool dan sangat diminati di sekolahnya. Manakala Oh Ha Ni pula merupakan seorang pelajar perempuan yang tidak terlalu genius tetapi dikenali sebagai seorang yang sentiasa senyum dan gembira. Gempa bumi telah memusnahkan rumah Oh Ha Ni dan menyebabkan dia dan ayahnya terpaksa tinggal serumah dengan keluarga Baek Seung Jo ( Kawan lama ayah Oh Ha Ni). Oh Ha Ni telah lama menyimpan perasaan terhadap Seung Jo tetapi tidak pernah menerima sebarang kepastian tentang penerimaan dari Seung Jo. Sejak tinggal serumah, Oh Ha Ni semakin rapat dengan Seung Jo dan bermula lah perkara-perkara yang lucu berlaku di antara meraka berdua. Walaupun Oh Ha Ni diabaikan oleh Baek Seung Jo, tetapi Oh Ha Ni tetap setia menaruh minat dan perasaan cintanya terhadap Seung Jo sehingga ke zaman universiti. Suatu hari, mereka berdua hampir-hampir membawa haluan masing-masing kerana cinta Oh Ha Ni dianggap bertepuk sebelah tangan dan sikap Seung Jo yang tidak pernah memberikan respon positif terhadap perasaannya. Pada masa itulah, tiba-tiba Seung Jo meluahkan perasaannya terhadap Oh Ha Ni. Rupa-rupanya selama ini Oh Ha Ni bukan lah bertepuk sebelah tangan kerana sebenarnya Baek Seung Jo juga mencintainya dalam diam.

Ok jom layan gambar-gambar mereka yang comel.


nie HERO dalam cerita tu


nie plak HEROIN nye .. comel kan :)


yang nie peminat setia Oh Ha Ni




Kepada sesiapa yang nak tengok cerita nie boleh TEKAN SINI.




|


Owner Old Post