Written by me |
0 Lovely Note [s]
Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Sebenarnya
memang sudah niat di hati ingin menulis sesuatu hari ini. Tentang
sesuatu yang kini hanya tinggal beberapa detik akan menjadi memori.
Menulis tayangan perjalanan kehidupan dua ribu dua belas. Sebagai
tanda coretan terakhir bagi tahun ini. Tahun yang mempunyai seribu
satu jenis jalan ceritanya.
Dua
ribu dua belas,
Mengajar
pelbagai ilmu yang tidak bisa diungkap melalui penulisan. Sesuatu yang
amat bermakna dalam erti kamus kehidupan. Memberi pengalaman,
kenangan dan semestinya itu semua sesuatu yang amat terindah dalam
mematangkan seseorang. Kenangan pahit mahupun kenangan manis itu
bukan persoalannya. Kerna apa yang lebih penting pasti ada hikmah
disebalik semua yang telah terjadi. Sedar atau tidak, pasti Tuhan
telah merancang sesuatu yang terbaik buat hamba-hambanya.
Dua
ribu dua belas,
Bermacam-macam
emosi yang telah dilalui. Suka, duka, tawa dan tangis mahupun apa saja sebarang jenis emosi semuanya memberi rencah
dalam kehidupan. Semuanya mengajar sesuatu nilai dalam mengenal erti kehidupan. Sungguh amat manis sebenarnya semua itu. Bersyukur padaMU ya Allah kerna setiap
sesuatu yang berlaku mengajar erti ketabahan, kekuatan, keikhlasan dan
berserah hanya padaMU. Tak terucap rasa syukur ini atas segala nikmat kasih-sayang Mu.
Dua ribu dua belas,
Bertemu
dan berpisah. Saling mengenal dan bersahabat. Datang dan pergi.
Semuanya mencoret berbagai-bagai jenis jalan cerita mereka
tersendiri. Mendengar dan terus mendengar cerita mereka. Keluarga, kawan, sahabat dan teman adalah anugerah yang amat terindah dalam
melengkapi ruang kehidupan.Terima kasih ya Allah untuk anugerah
terindah yang telah Engkau pinjamkan ini. Sungguh mereka anugerah
terindah.
Dua
ribu dua belas,
Kini
hanya beberapa detik lagi bakal berlalu pergi. Segala kenangan pasti
akan tersemat kukuh di ingatan. Tersimpan rapi dalam jiwa-jiwa yang bernyawa.
Biarlah ia berlalu pergi meninggalkan. Kerna lumrah hidup hakikatnya pasti masa berjalan ke hadapan. Bukan mengundur ke belakang.
Cuma
hanya di harap dua ribu tiga belas yang akan kunjung tiba ini bakal mencoret pelbagai jalan cerita yang lebih bermakna dan manis buat
kita semua. Moga segala impian, harapan dan kejayaan terukir buat kita semua dalam melakari alam dua ribu tiga belas. Bersama-sama menggapai keredhaanNya. InsyaAllah.
“ ...
pantas masa berlalu mencipta beribu cerita.
Semoga 2013 bakal mencoret jutaan kemanisan dalam
setiap kehidupan manusia. “
Semoga 2013 bakal mencoret jutaan kemanisan dalam
setiap kehidupan manusia. “