Written by me |
0 Lovely Note [s]
Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Entah
mengapa jemari ini terus melangkah laju seperti ada sesuatu yg ingin
diceritakan. Cerita bukan pada sesiapa. Bukan pada seseorang. Tapi
pada lembaran putih yg tersemat rapi tulisan-tulisan arial. Memilih
bukan pada sekeping kertas kosong tetapi hanya melakar secebis
coretan ini pada medium yg dipanggil blog. Kali ini bukan cerita
untuk mengeluh jauh sekali ingin mengadu. Tapi hanya secebis luahan
yg tak mampu lagi dipendam. Perlu diluahkan. Perlu diekspresikan. Tanpa sesiapa tahu apa yang ingin disampaikan.
Entah
mengapa sekali lagi, hanya untuk kerap kali ini air mata terus
mengalir tanpa diminta. Ya, airmata terus dan terus mengalir. Pedih.
Sakit. Perit. Semua bercampur. Kadang juga sering terlintas di kotak
akal mengapa ini semua berlaku pada dia. Kenapa harus dia. Amat sukar
hakikatnya ingin terus menghadapi semua ini. Sampai kapan. Itu
persoalan yang masih dia sendiri tidak punyai skema jawapannya sampai
saat ini.
Kadang
bila diingat kembali seperti tiada apa-apa yang terjadi. Hanya
mungkin dia sahaja yang terlebih memikirkannya. Tapi ada tapinya.
Mengapa setiap kali ingin saja dia membiarkan semua itu makin kerap
hatinya berasa sakit. Pedih. Dan pasti akan ada airmata yang
mengalir. Ingin dipersoalkan mungkin tiada kudrat keberanian itu.
Sehingga akhirnya diam dipilih sebagai jalan keluar.
Cerita
ini bukan untuk sesiapa. Malah bukan untuk seseorang. Kerna
hakikatnya, ingin diluah pada insan bergelar sahabat pun belum tentu
mereka faham. Belum tentu mereka mahu mendengar. Biar zahirnya mereka
melihat senyuman yang terukir tanpa tahu ada airmata yg mengalir
sebenarnya. Pasrah. Redha. Pasti ini semua ketentuan dariNya. Dan apa
yang pasti Allah itu Maha Mengetahui. Sungguh Dia tidak akan menguji
hambanya diluar kemampuan hambanya itu. Syukur Ya Allah untuk segala
nikmat dariMu. Alhamdulillah.