Written by me |
1 Lovely Note [s]
Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Hye
u olls !! Hari nie jemari terasa rajin nak hupdate. Sampai memalam
cenggini pun nak hupdate jugak. Hehe. Kali ni miera nak hupdate makna
disebalik lagu 'Andai Ku Bercinta Lagi' nyanyian kumpulan Mojo.
Penerangan di sebalik lirik ini adalah mengikut kefahaman miera
sendiri. Dan mungkin setiap orang berbeza pandangannya. Ditegaskan tiada kena mengena dengan sesiapa ! Haha. Best
lirik die. Ada makna. Tersirat dan tersurat.
Menurut
pencipta [Edry-KRU] lagu nie berdasarkan cerita sebenar sahabat
beliau yang telah kehilangan isteri tercinta. Hati sahabatnya itu
telah tertutup untuk insan lain selaku pengganti teman hidupnya.
Andai Ku Bercinta Lagi adalah olahan tajuk yang diumpamakan andai itu
sebenarnya mustahil untuk berlaku. Video di bawah seratus peratus
membawa makna di sebalik lirik Andai Ku Bercinta Lagi.
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Isterinya
telah tiada. Ibarat untuk bernafas pun si suami harus mencuba.
Kehilangan isteri tercinta umpama separuh jiwanya telah dibawa pergi
bersama.
Bersendiri
hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah
meneruskan hayat ini
Hidup
keseorangan kini tiada makna dan persoalannya bagaimana si suami
ingin meneruskan kehidupan beliau untuk masa-masa mendatang.
* Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yangmasih belum kau huni
Jika
suatu hari nanti si suami bercinta lagi beritahu dimana tempat yang
ada dalam hatinya untuk wanita itu sedangkan hatinya juga masih
menanti untuk diisi oleh insan yang amat dicintainya
[isteri].
** Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayang mu di minda
** Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayang mu di minda
Andai
kata beliau bercinta juga dengan wanita itu dan saat mereka harus
bertemu pasti di ingatan si suami terbayangkan arwah isterinya tika
terpaksa melafazkan kata cinta kepada wanita itu. Ibarat kata cinta
itu sebenarnya ditujukan untuk isterinya bukan kepada wanita
tersebut.
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Tidak
akan ada insan lain yang boleh menjadi pengganti dan dapat
menyembuhkan luka di hatinya serta menaikkan semangat beliau yang
telah lama runtuh bersama kepergian isteri tercinta.
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Hidup
bersendiri ibarat masa tidak berlalu dan si suami sendiri tidak tahu
harus berapa lama lagi dia jadi begitu. [tiada semangat dan terus
mengharapkan isterinya]
ulang *
ulang
**
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asa ku mati
Ibarat
malam tiada bulan dan siang tiada sinar cahaya. Si suami tenggelam
dalam kegelapan hidupnya sendiri. Beliau merasakan dirinya ataupun
lebih tepat lagi jiwanya telah mati tanpa isteri yang amat
dikasihinya.
ulang
*
ulang
**
Andai
ku bercinta lagi ..
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Secara
keseluruhan, cinta yang digambarkan hanyalah untuk isteri tercinta
sahaja dan andai kata ada cinta lain, cinta itu sebenarnya wujud
dalam bayangan arwah isterinya. Apa yang boleh dikatakan, Andai Ku Bercinta Lagi memang mempunyai maksud dan nilai cinta yang amat
mendalam. Jika dilihat dari liriknya pasti sudah tahu apa yang
tersurat dan tersirat cuma tiada kata-kata yang boleh menggambarkan makna sebenar di sebalik lirik tersebut. Walau apa pun, all de best untuk Edry Abdul Halim kerana kepakaran beliau dalam menerbitkan keindahan
penulisan lirik Andai Ku Bercinta Lagi.