Written by me |
0 Lovely Note [s]
Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Alhamdulillah hari ni miera menaip lagi dengan penuh rasa kasih sayang. Walaupun sebenarnya taktau nak hupdate hape. Tapi niat hati nak jugak hupdate sesuatu.
Kiranya entry kali ni bukan pada sesiapa ataupun dengan kata lainnya
hanya untuk perkongsian sahaja.
Menghargai.
Dihargai. Lebih tepat saling menghargai. Setiap perhubungan perlu
saling menghargai tak kira lah sama ada hubungan suami isteri,
pasangan kekasih mahupun dalam perhubungan persahabatan sekalipun. Cuma
terbitan kali ini lebih kepada erti persahabatan.
Ok
apa pendapat u olls dengan situasi ini :
A
sentiasa ada untuk B. Disuruh teman ketika B bosan. A teman. Disuruh
beri pendapat tika B meminta pendapat. A beri pendapat. Disuruh
dengar masalah yg B hadapi. A dengar malah siap beri kata-kata
semangat lagi. Diajak berbual oleh B kekadang hingga berjam-jam. A
akan berbual walaupun hanya omongan kosong. B merajuk. A pujuk. B
marah. A juga turut marah kekadang tapi mengalah akhirnya. B kata A
sombong kerana lama mendiamkan diri. A akan mulakan perbualan agar
tidak lagi dikatakan sombong. Dipendekkan cerita A senantiasa akan
ada untuk B. Menghargai sahabatnya.
Tapi
..
Bila
A suruh B teman berbual. B sibuk. Bila A meminta pendapat. B jawab 'tak tahu'. Ketika A ada masalah. B langsung tiada saat itu. A merajuk.
B turut merajuk dan langsung tidak memujuk. Bila A mulakan perbualan.
B tidak endahkan malah terus mendiamkan diri. Dipendekkan cerita B
tiada untuk A. Tidak menghargai sahabatnya, mungkin.
Menghargai
seharusnya sebelum kehilangan agar tidak terlambat. Jika setelah
kehilangan itu dipanggil penyesalan. Appreciate what you have before it turns into what you had. Huh !
" Kenapa
awak kawan dengan saya ? "
" Kerana
ALLAH temukan saya dengan awak. "
Persahabatan
itu adalah anugerah. Indah. Amat indah sebenarnya. Menghargai
dan dihargai. Saling menghargai. Bukan tidak bernilai tetapi tidak
ternilai. Ukhuwah fillah abadan abada.