Written by me |
0 Lovely Note [s]
Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Kita
tak pernah minta pun untuk kenal dengan seseorang. Kita tak pernah
rancang atau minta pun nak jumpa dengan seseorang. Siapa bagaimana
dan di mana. Kita tak tahu.
Tapi
lumrah kehidupan memang begitu. Kita jumpa dengan ramai orang. Dengan
pelbagai cara. Realiti mahupun dunia maya. Mula dari berkawan dan
mungkin akan ke langkah yang seterusnya ataupun masih kekal sebagai
seorang kawan sahaja. Kita tak tahu. Kisah ini tentang kita. Kita
sebagai manusia biasa yang punya perasaan. Lelaki dan perempuan.
Benar
kata-kata bahasa terhebat. Hanya dengan kata-kata ia bisa membunuh
jiwa seseorang. Hanya dengan kata-kata juga ia bisa mengukir senyuman
di bibir seseorang. Tapi ada tapinya. Mengapa hanya dengan kata-kata,
kita begitu mudah untuk percaya. Percaya pada mereka yang melafazkan.
Percaya pada mereka yang tidak pernah kita kenal sebelum ini. Percaya
!
Sayang
benci suka dan rindu. Beraneka perasaan yang mungkin hanya sebagai
boneka dalam kata-kata. Untuk dipermainkan. Untuk membuat kita
percaya. Mudah. Amat mudah bagi mereka yang melafazkan. Sayang beribu
kali sayang. Kata-kata yang indah sering membuat jiwa terluka.
Sehingga akhirnya hanya tangisan jawapan untuk perasaan yang kecewa.
Mustahil
kan. Bila sayang dilafaz mustahil hati tidak terusik. Memang pada
mulanya kita sukar untuk percaya. Sukar percaya dengan apa yang
dilafazkan. Tapi bila itu yang sering kita dengar. Bila itu yang
sering mereka lafazkan. Mustahil jiwa tidak tersentuh walau hanya
secebis. Lantas hati kita mula merindui kata-kata itu. Kita mula
percaya. Ya percaya pada mereka yang tidak pernah kita minta untuk
kenal sebelum ini.
Bila
hati sudah mula menerima. Mungkin kah sudah terlambat. Mungkin kah
ini jalan pengakhirannya. Seperti apa yang ada di rangkap pertama.
Kita tak pernah tahu bila siapa dan bagaimana kita akan kenal dengan
seseorang. Semuanya bukan kita yang menentukan. Tapi DIA yang maha
Esa. Pasti ada sebab dan hikmahnya untuk setiap aturan perjalanan
yang telah DIA takdirkan. Apa jua yang terjadi atas izinNYA. Percaya
pada takdir. Yakin hanya padaNYA.
- tamat -