Written by me |
0 Lovely Note [s]

Dalam
hidup ini, setiap apa yang berlaku pada diri kita hanya kita yang
mengetahuinya. Tawa tangis jatuh bangkit kita hanya kita saja yang
mengerti. Mengadu pada insan lain belum tentu mereka akan faham.
Malah mungkin mereka akan memperkecilkan kita. Mengadu pada Allah.
Ya, hanya itu jalan yang terbaik. Kerna hanya Dia yang Maha
Mengetahui.
Hidup
ini memerlukan cinta. Kerana cinta kita lahir dan kerana cinta kita
mati. Cinta itu adalah cinta pada Allah. CINTA. Satu perasaan yang
datangnya dari Allah. Allah lah yang mencampakkan perasaan ini dalam
hati kita supaya kita diberi kesempatan untuk mencintai seseorang
manusia.
Antara
Cinta, Jodoh dan Memiliki.
Apa
itu Cinta?
Cinta itu perasaan. Suatu perasaan ajaib yang hadir tanpa dipaksa atau meminta daripada sesiapa. Suatu perasaan yang membezakan antara minat, suka, kasih dan sayang kepada seseorang. Perasaan ini tidak dapat di simpulkan dalam erti bahasa mahupun dalam kehalusan seni lukisan mata. Bila ia hadir, tiada siapa yang mampu menolaknya. Ini lah yang di namakan nikmat cinta. Cuma berfikirlah dan muhasabah lah pada cinta. Adakah cinta ini membawa kebahagiaan atau sebaliknya.

itu jodoh?
Jodoh itu satu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sebagai peneman hidup. Setiap orang memiliki jodoh mereka masing-masing.
Jodoh itu satu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sebagai peneman hidup. Setiap orang memiliki jodoh mereka masing-masing.
Betul
ke
jodoh
tu rahsia Allah?
Betul. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Siapa dan di mana jodoh itu semuanya telah dirancang oleh Allah. Sampai masa dan ketika pasti kita akan bertemu dengannya. Cuma sentiasa lah perbaiki diri agar jodoh yang ditetapkan itu bisa membawa kebahagian hingga ke Firdausi.Berusaha dan berdoalah serta percaya akan hendaknya bermakna kita semestinya redha atas ketentuan-Nya. Tidak usah menangis, jangan pula berasa terkesima dengan kehadiran jodoh itu buat kita. Kerana kita akan berterima kasih jika di akhirnya kita mengetahui kenapa dan mengapa jodoh itu buat kita dan jangan terlalu takjub kerana jodoh kita itu tidak semestinya berpanjangan. Mungkin hadirnya jodoh itu buat penduga hidup kita atau bersifat sementara sahaja. Hargailah pemberian-Nya. Itu lebih menampakan lagi kezahiran rasa syukur kita kepada-Nya.

Tapi..
Cinta tak semestinya memiliki kan?
Yup.
Kerna cinta itu cuma satu perasaan. Perasaan yang mungkin akan
berubah. Perasaan yang mungkin tidak berkekalan yang telah menjadi
laluan kehidupan kita. Bukan bermakna hadirnya cinta itu, bermakna
turut sekali hadir jodoh menuruti dari belakang. Kerna hanya Allah
yang mengetahui siapa jodoh kita. Walau beribu tahun kita bercinta
dan andai tidak tertulis jodoh itu dengannya pasti tidak akan bersatu
jua.Jangan disalah ertikan apa itu cinta kerana kadang kala kita alpa
serta leka dengan perasaan kita untuk lebih mencintai Allah yang Maha
Esa.
Sebelum
mencintai orang lain, belajarlah mencintai diri sendiri dulu. Sebelum
kenal erti cinta, belajar dan faham dulu apa itu erti cinta yang
sebenar. Macamana nak kenal cinta ?
ISTIKHARAH
lah.. Allah pasti akan menemukan kita dengan orang yang
sebaik-sebaiknya.
“ Jika
kita dipertemukan dengan orang yang salah. Itu tidak bermakna Allah
tidak sayangkan kita. Tapi, itulah usaha. Untuk mencari cinta dan
jodoh, kita mesti berusaha. Jodoh takkan datang bergolek tanpa usaha.
Kita fikirkan di mana salah silap kita. Dan mula lah perbaiki diri.
Perbaiki semua silap kita. Percayalah akan hadir 'hadiah' teragung
dari Allah untuk mereka yang mencari cinta .. ”
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -