!✿ иʋя αмιɛяα ✿!




Y
Assalamualaikum and annyeonghaseyo. Thanks sudi singgah blog nie. Nantikan entry-entry yang terbaru k. :)


Hati Yang Baik
Written by me | 0 Lovely Note [s]




Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful






Hati itu seperti bekas, dan cinta pula seperti air.

Jika kita hendak menadah air, mestilah kita mencari bekas yang baik. Jika bekas itu bocor, maka menitik keluarlah air. Jika bekas itu sumbing, maka melelehlah air. Jika bekas itu senget, kemungkinan air akan tumpah. Jika bekas itu retak, terlebih air akan menambah pecah.
Hati dan cinta juga begitu.
Hati yang baik, akan menampung cinta dengan baik. Hati yang baik akan dapat menerima dan menjaga cinta sebaik mungkin. Dan yang pentingnya hati yang beriman, pasti cinta yang diisi kepadanya tidak semata-mata berpaksi kepada nafsu. Juga hati yang beriman pasti akan membimbing cintanya hingga ke syurga kekal abadi.
Dan mencari bekas serta menuangkan air kedalamnya adalah pilihan kita sendiri. Begitu juga dengan cinta. Mencari hati yang baik untuk menampung cinta adalah tanggungjawab kita sendiri.
Benar cinta sering datang tanpa diundang. Malah tanpa dijemput. Benar cinta itu hadir pada ketika yang tidak kita sangka. Benar cinta itu muncul dalam keadaan yang tak terduga. Benar cinta itu terbit tanpa kita sedari.
Tapi kita mesti ingat. Sebagai seorang manusia, kita sentiasa ada pilihan. Dan pilihan itulah yang menentukan ke mana arah tuju cinta. Pilihan yang dibuat untuk kebaikan itulah yang dinamakan ikhtiar. Ikhtiar itu sendiri kata akarnya diambil dari bahasa arab ; ‘khair’ yang bermakna baik. Maka sebab itulah kita harus bijak membuat pilihan. Pilihlah yang baik jika membuat pilihan. Jadilah yang baik jika dipilih.



Memang membuat pilihan itu sukar. Tapi yang lebih sukar adalah memahami pilihan yang dibuat.
Pilihlah yang baik-baik untuk diri sendiri. Jika merasa cinta itu baik, maka BERIKHTIAR lah untuk terus menjaganya ke arah kebaikan. Jika rasa ada sesuatu yang tidak kena, maka BERIKHTIAR lah untuk menjauhi perkara yang tidak baik dan berusaha untuk kembali ke jalan yang benar.
Kita tak boleh salahkan orang ;
“ Lelaki tu la pikat saya. Tengok, saya dah jatuh cinta. Habis saya leka dengan pelajaran. Hati saya penuh dengan maksiat. Semuanya salah lelaki tu ! ”
“ Perempuan tu memang pandai goda saya. Mula-mula baik. Lepas tu ada je yang tak kena. Semua salah perempuan tu. Kalau dia tak goda saya, semua ni takkan jadi. ”
Cubalah kalau ketika cinta itu bermula, kita menjaga hati dan cinta itu dengan baik. Mungkin tidak akan jadi perkara yang diingini. Atau sebaiknya, boleh saja kita buat pilihan untuk mengelak. Tetapi kita tidak berbuat begitu kerana kita rasa kita boleh menangani pilihan kita. Akhirnya bila jadi sesuatu yang menyakitkan, mengecewakan, kita menyalahkan orang lain tetapi tidak diri sendiri. Seperti syaitan yang menyalahkan Tuhan, sedangkan tidak melihat kesombongan pada dirinya.
Kembali kepada tajuk asal. Cinta itu seperti air dan hati itu seperti bekas. Bekas yang baik akan dapat menampung air yang baik. Hati yang baik akan dapat menampung cinta yang baik.
Maka baikilah hati sendiri dan carilah hati yang baik. InshaAllah cinta itu akan menjadi baik.




(Lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat), mereka (yang baik) itu akan peroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan (syurga) yang mulia. [ Surah An Nur : 26 ]






Owner Old Post