Written by me |
0 Lovely Note [s]
Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Jika kita hendak menadah air, mestilah kita mencari bekas yang baik. Jika bekas itu bocor, maka menitik keluarlah air. Jika bekas itu sumbing, maka melelehlah air. Jika bekas itu senget, kemungkinan air akan tumpah. Jika bekas itu retak, terlebih air akan menambah pecah.
Hati dan cinta juga begitu.
Hati yang baik, akan menampung cinta dengan baik. Hati yang baik akan dapat menerima dan menjaga cinta sebaik mungkin. Dan yang pentingnya hati yang beriman, pasti cinta yang diisi kepadanya tidak semata-mata berpaksi kepada nafsu. Juga hati yang beriman pasti akan membimbing cintanya hingga ke syurga kekal abadi.
Dan mencari bekas serta menuangkan air kedalamnya adalah pilihan kita sendiri. Begitu juga dengan cinta. Mencari hati yang baik untuk menampung cinta adalah tanggungjawab kita sendiri.
Benar cinta sering datang tanpa diundang. Malah tanpa dijemput. Benar cinta itu hadir pada ketika yang tidak kita sangka. Benar cinta itu muncul dalam keadaan yang tak terduga. Benar cinta itu terbit tanpa kita sedari.
Tapi kita mesti ingat. Sebagai seorang manusia, kita sentiasa ada pilihan. Dan pilihan itulah yang menentukan ke mana arah tuju cinta. Pilihan yang dibuat untuk kebaikan itulah yang dinamakan ikhtiar. Ikhtiar itu sendiri kata akarnya diambil dari bahasa arab ; ‘khair’ yang bermakna baik. Maka sebab itulah kita harus bijak membuat pilihan. Pilihlah yang baik jika membuat pilihan. Jadilah yang baik jika dipilih.
Memang membuat pilihan itu sukar. Tapi yang lebih sukar adalah memahami pilihan yang dibuat.
Pilihlah yang baik-baik untuk diri sendiri. Jika merasa cinta itu baik, maka BERIKHTIAR lah untuk terus menjaganya ke arah kebaikan. Jika rasa ada sesuatu yang tidak kena, maka BERIKHTIAR lah untuk menjauhi perkara yang tidak baik dan berusaha untuk kembali ke jalan yang benar.
Kita tak boleh salahkan orang ;
“ Lelaki tu la pikat saya. Tengok, saya dah jatuh cinta. Habis saya leka dengan pelajaran. Hati saya penuh dengan maksiat. Semuanya salah lelaki tu ! ”
“ Perempuan tu memang pandai goda saya. Mula-mula baik. Lepas tu ada je yang tak kena. Semua salah perempuan tu. Kalau dia tak goda saya, semua ni takkan jadi. ”
Cubalah kalau ketika cinta itu bermula, kita menjaga hati dan cinta itu dengan baik. Mungkin tidak akan jadi perkara yang diingini. Atau sebaiknya, boleh saja kita buat pilihan untuk mengelak. Tetapi kita tidak berbuat begitu kerana kita rasa kita boleh menangani pilihan kita. Akhirnya bila jadi sesuatu yang menyakitkan, mengecewakan, kita menyalahkan orang lain tetapi tidak diri sendiri. Seperti syaitan yang menyalahkan Tuhan, sedangkan tidak melihat kesombongan pada dirinya.
Kembali kepada tajuk asal. Cinta itu seperti air dan hati itu seperti bekas. Bekas yang baik akan dapat menampung air yang baik. Hati yang baik akan dapat menampung cinta yang baik.
Maka baikilah hati sendiri dan carilah hati yang baik. InshaAllah cinta itu akan menjadi baik.
(Lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat), mereka (yang baik) itu akan peroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan (syurga) yang mulia. [ Surah An Nur : 26 ]
Written by me |
0 Lovely Note [s]
Seorang
kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya.
“Mengapa
ibu menangis?”
“Kerana
ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya
tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu
memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”
Kemudian
anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya.
“Mengapa
ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua
wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan
ayahnya.
Anak
lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih
berasa hairan mengapa wanita menangis.
Akhirnya
dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya.
“Tuhan,
mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Tuhan
berkata :
“Aku
menciptakan wanita istimewa.”
“Aku
menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia, tetapi
begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”
“Aku
memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari
anak-anaknya.”
“Aku
memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat
semua orang sudah menyerah dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa
mengeluh saat sedang lelah mahupun sakit.”
“Aku
memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun
meskipun mereka menyakitinya.”
“Aku
memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan
suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya.”
“Aku
memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik
tidak akan pernah menyakiti isetrinya tetapi kadang-kadang menguji
kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi
suaminya.”
“ Dan
akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus
miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”
Love yourself because you are beautiful. Respect yourself because you are not like other women, if you are the women of faith |
Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemadi..
Written by me |
0 Lovely Note [s]
Dalam
hidup ini, setiap apa yang berlaku pada diri kita hanya kita yang
mengetahuinya. Tawa tangis jatuh bangkit kita hanya kita saja yang
mengerti. Mengadu pada insan lain belum tentu mereka akan faham.
Malah mungkin mereka akan memperkecilkan kita. Mengadu pada Allah.
Ya, hanya itu jalan yang terbaik. Kerna hanya Dia yang Maha
Mengetahui.
Hidup
ini memerlukan cinta. Kerana cinta kita lahir dan kerana cinta kita
mati. Cinta itu adalah cinta pada Allah. CINTA. Satu perasaan yang
datangnya dari Allah. Allah lah yang mencampakkan perasaan ini dalam
hati kita supaya kita diberi kesempatan untuk mencintai seseorang
manusia.
Antara
Cinta, Jodoh dan Memiliki.
Apa
itu Cinta?
Cinta itu perasaan. Suatu perasaan ajaib yang hadir tanpa dipaksa atau meminta daripada sesiapa. Suatu perasaan yang membezakan antara minat, suka, kasih dan sayang kepada seseorang. Perasaan ini tidak dapat di simpulkan dalam erti bahasa mahupun dalam kehalusan seni lukisan mata. Bila ia hadir, tiada siapa yang mampu menolaknya. Ini lah yang di namakan nikmat cinta. Cuma berfikirlah dan muhasabah lah pada cinta. Adakah cinta ini membawa kebahagiaan atau sebaliknya.
Cinta itu perasaan. Suatu perasaan ajaib yang hadir tanpa dipaksa atau meminta daripada sesiapa. Suatu perasaan yang membezakan antara minat, suka, kasih dan sayang kepada seseorang. Perasaan ini tidak dapat di simpulkan dalam erti bahasa mahupun dalam kehalusan seni lukisan mata. Bila ia hadir, tiada siapa yang mampu menolaknya. Ini lah yang di namakan nikmat cinta. Cuma berfikirlah dan muhasabah lah pada cinta. Adakah cinta ini membawa kebahagiaan atau sebaliknya.
Apa
itu jodoh?
Jodoh itu satu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sebagai peneman hidup. Setiap orang memiliki jodoh mereka masing-masing.
Jodoh itu satu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sebagai peneman hidup. Setiap orang memiliki jodoh mereka masing-masing.
Betul
ke
jodoh
tu rahsia Allah?
Betul. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Siapa dan di mana jodoh itu semuanya telah dirancang oleh Allah. Sampai masa dan ketika pasti kita akan bertemu dengannya. Cuma sentiasa lah perbaiki diri agar jodoh yang ditetapkan itu bisa membawa kebahagian hingga ke Firdausi.Berusaha dan berdoalah serta percaya akan hendaknya bermakna kita semestinya redha atas ketentuan-Nya. Tidak usah menangis, jangan pula berasa terkesima dengan kehadiran jodoh itu buat kita. Kerana kita akan berterima kasih jika di akhirnya kita mengetahui kenapa dan mengapa jodoh itu buat kita dan jangan terlalu takjub kerana jodoh kita itu tidak semestinya berpanjangan. Mungkin hadirnya jodoh itu buat penduga hidup kita atau bersifat sementara sahaja. Hargailah pemberian-Nya. Itu lebih menampakan lagi kezahiran rasa syukur kita kepada-Nya.
Betul. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Siapa dan di mana jodoh itu semuanya telah dirancang oleh Allah. Sampai masa dan ketika pasti kita akan bertemu dengannya. Cuma sentiasa lah perbaiki diri agar jodoh yang ditetapkan itu bisa membawa kebahagian hingga ke Firdausi.Berusaha dan berdoalah serta percaya akan hendaknya bermakna kita semestinya redha atas ketentuan-Nya. Tidak usah menangis, jangan pula berasa terkesima dengan kehadiran jodoh itu buat kita. Kerana kita akan berterima kasih jika di akhirnya kita mengetahui kenapa dan mengapa jodoh itu buat kita dan jangan terlalu takjub kerana jodoh kita itu tidak semestinya berpanjangan. Mungkin hadirnya jodoh itu buat penduga hidup kita atau bersifat sementara sahaja. Hargailah pemberian-Nya. Itu lebih menampakan lagi kezahiran rasa syukur kita kepada-Nya.
Tapi..
Cinta tak semestinya memiliki kan?
Yup.
Kerna cinta itu cuma satu perasaan. Perasaan yang mungkin akan
berubah. Perasaan yang mungkin tidak berkekalan yang telah menjadi
laluan kehidupan kita. Bukan bermakna hadirnya cinta itu, bermakna
turut sekali hadir jodoh menuruti dari belakang. Kerna hanya Allah
yang mengetahui siapa jodoh kita. Walau beribu tahun kita bercinta
dan andai tidak tertulis jodoh itu dengannya pasti tidak akan bersatu
jua.Jangan disalah ertikan apa itu cinta kerana kadang kala kita alpa
serta leka dengan perasaan kita untuk lebih mencintai Allah yang Maha
Esa.
Sebelum
mencintai orang lain, belajarlah mencintai diri sendiri dulu. Sebelum
kenal erti cinta, belajar dan faham dulu apa itu erti cinta yang
sebenar. Macamana nak kenal cinta ?
ISTIKHARAH
lah.. Allah pasti akan menemukan kita dengan orang yang
sebaik-sebaiknya.
“ Jika
kita dipertemukan dengan orang yang salah. Itu tidak bermakna Allah
tidak sayangkan kita. Tapi, itulah usaha. Untuk mencari cinta dan
jodoh, kita mesti berusaha. Jodoh takkan datang bergolek tanpa usaha.
Kita fikirkan di mana salah silap kita. Dan mula lah perbaiki diri.
Perbaiki semua silap kita. Percayalah akan hadir 'hadiah' teragung
dari Allah untuk mereka yang mencari cinta .. ”
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -